BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 7 December 2011

EDIBLE GARDEN :)

ok..kali ni..kami nk memperknlkan unit yg seterusnya..iaitu edible garden... unit ni sgt seronok..disamping seronok ia dapat jalankan objektif ecodesa... haa kalu nk tau lagi lebih lanjut... mai lah bce... :)









haaa ni palk.. gambar2 sepanjang Fertigasi fasa pertama....



seronok kan??? haa ok lah.. sampai sini aje dlu ok.. nanti kami update unit yang lain pulak.. ok...
jpe lg... :)

Tuesday, 1 November 2011

BOARD OF DIRECTORS 2011/2012





Haa ini lah Board of Directors bagi tahun 2011/20112. Termasuk kesemua ahli Eco-Desa bertanggungjawab dlm merealisasikan objektif kami.

Anda semua juga dialu-alukan untuk menyertai misi kami samaada secar langsung mahupun secara tidak langsung.Kita semua sama-sama beranggungjawab memikul amanah yang diberi supaya kita dapat menjayakan projek ini dengan jayanya.

UNIT-UNIT ECO-DESA

Secara umumnya ada 5 unit dibawah Eco-Desa. Pada post kali ini ssetiap unit kan diterangkan dengan lebih lanjut. 5 unit tersebut adalah :- 
  • Unit Kitar Mata
  • Unit Cekap Tenaga
  • Unit Edible Garden
  • Unit Eat & Reward
  • Unit Kempen 
Setiap Unit mempunyai peranan masing-masing dalam melestarikan Desasiswa Saujana.Mari kita mulakan dengan memperkenalkan setiap unit satu persatu.

  1.  Unit Kitar Mata
Objektif utama unit ini ialah:

• Mempraktiskan kehidupan ke arah “Zero Waste”
• Mengurangkan pencemaran alam sekitar untuk menghasilkan persekitaran yang sihat
•Mempraktiskan budaya kitar semula dlm kehidupan seharian
• Memelihara dan memulihara hutan


Terdapat 2 projek yang dikendalikan oleh unit ini iaitu:-
1. Recycling Container
Fungsinya:-
-Para pelajar dapat mengitar semula barangan mereka tanpa perlu bersusah-payah mencari bekas rasmi kitar semula yang hanya boleh didapati di tempat-tempat yang tertentu shj
-Hasil penjualan barangan kitar semula dapat dimanfaatkan untuk aktiviti Eco-Desa Saujana yang lain
-Hasil kitar semula dapat mengurangkan pengeluaran modal sedia ada
 
Tidak semua barang boleh dikitar semula.Antara barang yang boleh dikitar semula:-
-Kertas
-Aluminium
-Plastik
      Bekas yang disediakan untuk kitar semula adalah sebanyak tiga buah bekas.Tempat yang disediakan bagi program kitar semula adalah di bilik pantri yang terdapat di setiap aras bangunan M03 & M04, Desasiswa Saujana
2.Mesin Kitar Mata
        Projek ini dibantu oleh Dr. Widad Ismail, PP Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang mendapat bantuan peruntukan daripada Prof Asma Ismail, TNC RI, serta Cik Nur Razeany Mohamad Razlan, Penolong Penggawa Desasiswa Saujana & PPKT Induk dan En. Mazlifendirizan Md Rejab, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT Kampus Kejuruteraan).
Mesin ini terletak dibilik kitar mata bangunan mo3.Penggunaan mesn ini dipantau oleh ahli unit kitar mata yang terlatih.
 
  Fungsinya:-
-Mengetengahkan konsep alternatif kitar semula secara kiraan mata.
-Penghuni digalakkan mengumpul sendiri barangan yang boleh dikitar semula. Barangan tadi, ditimbang dan berat setiap barang akan ditukar kepata mata mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan mengikut ciri-ciri barang.
 
Mata yang dikumpulkan di dalam kad matrik pelajar boleh digunakan (redeem) di Cyber Saujana (makmal komputer) dan D'Stor (sistem penyimpanan barang semasa cuti).
 

Friday, 21 October 2011

Apa itu ECO-DESA SAUJANA?

ANJURAN

  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA
  • PUSAT KEPAKARAN SERANTAU (RCE-PENANG@USM)
  • SEKRETARIAT KAMPUS SEJAHTERA
  • PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (PPKEE)
  • PUSAT PENGAJIAN SAINS KAJIHAYAT
  • PUSAT PENDIDIKAN, LATIHAN DAN PENYELIDIKAN TENAGA DIPERBAHARUI DAN KECEKAPAN TENAGA (CETREE)
  • JABATAN PEMBANGUNAN

ECO - DESA SAUJANA

Perlaksanaan projek Eco-Desa: Saujana ini adalah melibatkan dua fasa utama; iaitu :-
1) mewujudkan kesedaran terhadap kelestarian hidup dan menaiktaraf prasarana sediada di Desasiswa Saujana.
        ~Suasana hidup yang lestari mustahil dilihat sekiranya tiada kesedaran dari dalam diri individu, kesedaran tidak akan lahir tanpa kefahaman dan kefahaman tidak akan subur tanpa pengetahuan.
 
2) Menyalurkan pengetahuan asas yang mendalam menerusi setiap aktiviti yang telah direncanakan dalam usaha untuk memupuk nilai-nilai yang mulia dalam diri mahasiswa mengenai konsep pembangunan lestari. 
 
Hasrat ini seiring dengan matlamat serta halatuju Kerajaan dan Universiti, merujuk kepada teras keempat Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9), terdapat beberapa dimensi yang boleh dijadikan fokus utama dalam meningkatkan tahap dan kelestarian kualiti hidup, antaranya; meningkatkan taraf kesihatan, menggalakkan penjagaan alam sekitar, memperkaya kebudayaan, kesenian, dan warisan, dan membangunkan budaya kesukanan disamping memajukan sektor ekonomi.

Justeru, kami Eco-Desa Saujana seiring dengan matlamat serta halatuju Kerajaan dan Universiti dalam mengupayakan belia pada masa hadapan untuk terus memperjuangkan Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari ini bagi menghasilkan individu yang lestari selamanya.

OBJEKTIF
  • Menggerakkan USM untuk menjadi peneraju aktiviti-aktiviti kesedaran tentang Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari sejajar dengan Universiti APEX.
  • Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari dan kecekapan tenaga yang menyeluruh kepada seluruh penghuni dan warga kampus.
  •  Membudayakan persekitaran yang lestari dari semua sudut; ekonomi, sosial dan alam sekitar serta mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik yang tidak lestari di Desasiswa Saujana.
  •  Memperkasakan kebajikan penghuni Desasiswa Saujana melalui penjanaan kewangan daripada pengurangan penggunaan tenaga elektrik.
  • Memartabatkan Desasiswa Saujana sebagai Desasiswa Lestari.