Haa ini lah Board of Directors bagi tahun 2011/20112. Termasuk kesemua ahli Eco-Desa bertanggungjawab dlm merealisasikan objektif kami.
Tuesday, 1 November 2011
BOARD OF DIRECTORS 2011/2012
Posted by Eco-Desa Saujana 2011/2012 at 09:23 0 comments
UNIT-UNIT ECO-DESA
Secara umumnya ada 5 unit dibawah Eco-Desa. Pada post kali ini ssetiap unit kan diterangkan dengan lebih lanjut. 5 unit tersebut adalah :-
- Unit Kitar Mata
- Unit Cekap Tenaga
- Unit Edible Garden
- Unit Eat & Reward
- Unit Kempen
Setiap Unit mempunyai peranan masing-masing dalam melestarikan Desasiswa Saujana.Mari kita mulakan dengan memperkenalkan setiap unit satu persatu.
- Unit Kitar Mata
Objektif utama unit ini ialah:
• Mempraktiskan kehidupan ke arah “Zero Waste”
• Mengurangkan pencemaran alam sekitar untuk menghasilkan persekitaran yang sihat
•Mempraktiskan budaya kitar semula dlm kehidupan seharian
• Memelihara dan memulihara hutan
Terdapat 2 projek yang dikendalikan oleh unit ini iaitu:-
1. Recycling Container
Fungsinya:-
-Para pelajar dapat mengitar semula barangan mereka tanpa perlu bersusah-payah mencari bekas rasmi kitar semula yang hanya boleh didapati di tempat-tempat yang tertentu shj
-Hasil penjualan barangan kitar semula dapat dimanfaatkan untuk aktiviti Eco-Desa Saujana yang lain
-Hasil kitar semula dapat mengurangkan pengeluaran modal sedia ada
Tidak semua barang boleh dikitar semula.Antara barang yang boleh dikitar semula:-
-Kertas
-Aluminium
-Plastik
Bekas yang disediakan untuk kitar semula adalah sebanyak tiga buah bekas.Tempat yang disediakan bagi program kitar semula adalah di bilik pantri yang terdapat di setiap aras bangunan M03 & M04, Desasiswa Saujana
2.Mesin Kitar Mata
Projek ini dibantu oleh Dr. Widad Ismail, PP Kejuruteraan Elektrik & Elektronik yang mendapat bantuan peruntukan daripada Prof Asma Ismail, TNC RI, serta Cik Nur Razeany Mohamad Razlan, Penolong Penggawa Desasiswa Saujana & PPKT Induk dan En. Mazlifendirizan Md Rejab, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT Kampus Kejuruteraan).
Mesin ini terletak dibilik kitar mata bangunan mo3.Penggunaan mesn ini dipantau oleh ahli unit kitar mata yang terlatih.
Fungsinya:-
-Mengetengahkan konsep alternatif kitar semula secara kiraan mata.
-Penghuni digalakkan mengumpul sendiri barangan yang boleh dikitar semula. Barangan tadi, ditimbang dan berat setiap barang akan ditukar kepata mata mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan mengikut ciri-ciri barang.
Mata yang dikumpulkan di dalam kad matrik pelajar boleh digunakan (redeem) di Cyber Saujana (makmal komputer) dan D'Stor (sistem penyimpanan barang semasa cuti).
Posted by Eco-Desa Saujana 2011/2012 at 07:50 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)