KHUSUS DAN TERISTIMEWA UNTUK SAUJANARIAN SAHAJA!
Unit ‘Edible Garden’ di bawah Sekretariat Eco-Desa Saujana telah menganjurkan projek Pertandingan Eco-Room. Selaras dengan matlamat penubuhan Eco-Desa Saujana iaitu sebagai desa perintis dalam usaha melestarikan amalan kehidupan, projek ini dirangka agar para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Selain itu juga, projek ini bertujuan untuk membuka dimensi baru dalam kerangka pemikiran mahasiswi tentang konsep lestari. Program ini diharapkan membawa impak positif kepada mahasiswi dalam usaha untuk membina persekitaran kondusif kepada pelajar.
Objektif :
> Mendidik para pelajar untuk mempunyai rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
(melalui penjagaan pokok dalam bilik )
> Membuka sisi baru kepada pelajar tentang konsep kelestarian.
> Memberi peluang kepada penghuni untuk melibatkan diri secara aktif dalam program kelestarian.
> Membentuk nilai-nilai murni dan peka terhadap persekitaran.
TENTATIF PROGRAM :
18 April -20 April : KAUNTER PENDAFTARAN
28 April- 29 April : PEMANTAUAN UNTUK MEMILIH THE BEST ECO-ROOM
5 MEI 2012 : MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH BEST ECO ROOM
*RINGKASAN : KONSEP ECO-ROOM adalah seperti pertandingan dorm/bilik sewaktu anda ketika di asrama ini.Selain untuk menggamit kenangan lama, menghias bilik lawa dan mnarik, ECO-DESA ingin mencari bilik yang mempunyai aspek kelestarian dan ingin meneroka blik-bilik agen da aset kelestarian desasiwa iaitu BILIK ANDA!!
untuk maklumat lanjut, sila datang ke kaunter pendaftaran
18,19,20/4 ini di LOBI LIF ARAS 1 BLOK M03 DAN MO3.
'Ke Arah Melestarikan Desasiwa Saujana'
Thursday, 19 April 2012
PERTANDINGAN ECO-ROOM DESASIWA SAUJANA
Posted by Eco-Desa Saujana 2011/2012 at 10:46 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)